Month: April 2016

Memahami Kebenaran

Saya gemar melawat muzium seperti Galeri Nasional di London dan Galeri Tretyakov di Moscow. Kebanyakan karya seninya sangat mengagumkan, tetapi ada juga yang membingungkan saya. Saya melihat warna-warna yang dipercikkan tanpa corak tertentu pada suatu kanvas dan saya sedar bahawa saya tidak tahu apa yang sedang saya lihat—walaupun karya tersebut dihasilkan oleh pakar seniman.

Lebih Hebat daripada Kecelaruan

Satu tema utama daripada kitab 2 Samuel dalam Perjanjian Lama mungkin adalah “Hidup ini satu kecelaruan!” Kehidupan mempunyai semua elemen untuk menjadi sebuah drama televisyen yang terkenal. Apabila Daud ingin mengukuhkan pemerintahannya sebagai raja Israel, dia menghadapi cabaran daripada angkatan tentera, komplot politik, dan penganiayaan oleh para sahabat serta ahli keluarganya. Daud juga berada dalam keadaan serba salah kerana perhubungan sulitnya dengan Batsyeba (fasal 11–12).

Kelegaan Kepada Yang Ditindas

Salah satu babak kegemaran saya dalam sastera berlaku apabila seorang mak cik tegas berhadapan dengan seorang bapa tiri jahat kerana penderaan yang dilakukan ke atas anak buah mak cik itu, iaitu David Copperfield. Babak ini berlaku dalam novel Charles Dickens yang bertajuk sempena nama watak utama, David Copperfield.

Firman Tuhan Yang Kekal

Pada permulaan Perang Dunia Kedua, pengeboman udara telah meratakan sebahagian besar daerah Warsaw, Poland. Blok-blok simen, paip pecah, dan serpihan kaca bersepah di setiap pelosok bandar itu. Walau bagaimanapun, di bahagian pusat bandar, terdapat sebuah bangunan yang hancur tetapi masih tegak berdiri. Bangunan itu ialah ibu pejabat bagi Lembaga Alkitab British dan Asing. Kata-kata yang masih jelas tertulis pada dinding ialah: “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya” (Matius 24:35).

Pertolongan Daripada Roh Tuhan

Sehingga baru-baru ini, kebanyakan pekan di pedalaman Ireland tidak menggunakan nombor rumah ataupun poskod. Oleh itu, sekiranya terdapat tiga orang bernama Patrick Murphy di pekan yang sama, penduduk terbaru dengan nama tersebut tidak akan menerima suratnya sebelum ia terlebih dahulu dihantar kepada dua orang Patrick Murphy yang sudah lebih lama menetap di sana. “Jiran-jiran saya akan menerima surat terlebih dahulu,” kata Patrick Murphy (penduduk terbaru). “Mereka akan membaca surat itu, kemudian berkata, ‘Tidak, mungkin surat ini bukan untuk kita.’ ” Untuk menamatkan segala kekeliruan penghantaran, pihak kerajaan Ireland baru-baru ini memulakan sistem poskod yang pertama untuk memastikan penghantaran surat dilakukan dengan betul.